KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa terdapat mangsa kemalangan di Bukit Damansara tidak dibenarkan membuat laporan polis di sebuah balai di situ.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pihaknya mengesan satu ciapan dimuat naik pada 9.58 malam tadi menggunakan akaun Twitter dikenali sebagai @ManiamMKM.
Pengguna Twitter itu mendakwa terdapat satu kemalangan berlaku di kawasan Bukit Damansara dan mangsa tidak dibenarkan membuat laporan di 'Balai Bukit Damansara' serta diminta untuk pergi ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail atau Ibu Pejabat Polis Daerah.
Amihizam berkata hasil siasatan mendapati 'Balai Bukit Damansara' yang dimaksudkan adalah Pondok Polis Komuniti di Bukit Damansara yang telah ditutup sejak 2010 dan tidak beroperasi lagi.
"Pondok berkenaan telah diambil alih Syarikat Kawalan Keselamatan Sri Lara pada 2011. Ciapan itu satu fitnah dan polis akan membuat satu laporan berkaitan kes itu.
"Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Justeru, Amihizam menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa terdapat mangsa kemalangan di Bukit Damansara tidak dibenarkan membuat laporan polis di sebuah balai di situ. - Gambar hiasan/PDRM
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
Polis nafi penahanan lelaki di RCP Sapi Nangoh berkait penculikan
Polis malam ini menafikan rakaman video yang tular melibatkan pemeriksaan pihaknya ke atas sebuah kenderaan di pusat pemeriksaan darat (RCP) Sapi Nangohadalah berkaitan kes penculikan.
Polis nafi tidak boleh buat laporan, pondok polis sudah ditutup
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa terdapat mangsa kemalangan di Bukit Damansara tidak dibenarkan membuat laporan polis di sebuah balai di situ.
Kes culik kanak-kanak di Kelantan makin menjadi-jadi? Ini penjelasan polis
Polis memohon kerjasama rakyat Kelantan khususnya netizen supaya menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.
Kanak-kanak buat laporan palsu diculik kerana takut dimarah keluarga
Polis menafikan dakwaan kejadian culik pelajar sekolah di Taman Angsana di sini, dan menjelaskan kanak-kanak itu membuat laporan palsu disebabkan takut dimarahi keluarga kerana pulang lewat ke rumah.
Tiada kejadian rompakan di Genting Highlands - Polis
Polis mengesahkan tiada kejadian rompakan di Genting Highlands, Bentong seperti yang tular di media sosial, hari ini.
Polis nafi dakwaan paksa pasangan kekasih tarik balik laporan disamun
Polis menafikan bahawa pihaknya telah memaksa sepasang kekasih yang mendakwa disamun di Bangsar menarik semula laporan seperti yang tular melalui satu ciapan di laman Twitter hari ini.
Polis nafi wanita dalam video tular mangsa dera
Polis menafikan seorang wanita warga asing yang dirakam dalam keadaan ketakutan merupakan mangsa dera oleh majikannya.
Tular lelaki maut, bukan sebab varian baharu COVID-19
Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di Senai di sini bukan disebabkan COVID-19 seperti yang tular di media sosial sejak Isnin.
Polis Kelantan nafi kereta meletup kerana serangan dron
Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.
Polis Selangor nafi video tular tidak patuh SOP di GM Klang, Kompleks PKNS
Polis Selangor hari ini menafikan video yang tular, memaparkan kegagalan pengunjung mematuhi SOP kononnya berlaku di Pusat Pemborong GM Klang (GM Klang) atau Kompleks PKNS Shah Alam.